My friend, is a doctor and involves in many incidents related to outbreaks in Malaysia. SARS, bird flu, Dengue, etc. He even involves in the investigations of unregistered medical/ food related materials. He and his teams have done many confiscations of products, i.e.to improve "man" energy levels.....but it ended that many dangerous chemicals have been added as the main ingredients , e.g. sildenafil was used over the limit permitted. I think you may know Viagra... even certain brands of instant coffee contain more than 100mg sildenafil in every sachet!.....what a surprise....
The email by him to all my friends (ex-Stsssians 1986-1990 batch) really shows the global impact of the Pig Flu thus eventually triggers WHO to declare level 4 pendamic warning
This is the email:
Assalamualaikum.
Apa habaq semua? Semenjak dua menjak ni tak berapa nak dengar cerita pun dari kawan-kawan semua. Mungkin masing2 dok busy kut termasuk diri aku. Walau bagaimanapun aku nak mencelah sikit tentang tajuk yang sebenarnya tak payah nak diintroduce lagi. Rasanya semua dah tahu pasal hal ni. Tapi apa yang buatkan aku nak tulis pagi ni sebab sebelum ni sepanjang kita semua hidup atas muka bumi ini, inilah kali pertama WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengisytiharkan amaran Tahap 4! Sebagai kesimpulannya tahap 1-3 lebih kepada persediaan menghadapi wabak (pandemik) tapi bila masuk tahap 4-6, maknanya ia lebih menjurus kepada respon! Hampa faham la kut maksud dia. Bila dah masuk tahap 4 ni maka kami anggota kesihatan seanterio dunia memang dok ready untuk menghadapi kemungkinan wabak seluruh dunia. Walau bagaimanapun, dengan iringan doa aku berharap tahap 4 ni akan boleh turun semula walaupun perkembangan sehingga hari ini nampaknya belum sampai masa untuk amaran tersebut diturunkan ke Tahap 3. Tahap 4 ni mudah cerita ialah apabila berlaku jangkitan sesama manusia. Human to human transmission. Makna kata kalau kita tak jamah babi pun (sori kalau nampak kasar) kita juga terdedah kepada penyakit ini sebab kita boleh dapat dari manusia lain!
Melihat kepada situasi semasa sehingga 5.15 petang kelmarin (28 April 2009), dah ada 7 negara yang secara rasmi melaporkan kes selsema babi ni (swine influenza A (H1N1). Di Amerika Syarikat sahaja dah ada 64 kes yang telah confirm melalui ujian makmal. Setakat ni tiada kematian di US. Di Mexico ada 26 kes yang confirm dengan 7 kematian. Ni aku cakap pasal yang confirm sahih lagi jitu, bukan suspect2 lagi. Kalau hampa baca paper memang figure dia tinggi. Yang jadi persoalan sekarang ialah situasi di Mexico lebih parah dari US. Virus influenza ni yang menakutkan sebab keupayaan dia untuk bermutasi, antigenic shif dan antigenic drif, berubah bentuk macam Transformers, hehe. Maha Suci Allah, kita dengar virus kali ini adalah virus baru, new strain merangkumi komponen manusia, burung dan babi. Inilah yang membuatkan delay dalam mencipta vaksin. Kalau sapa yang minat dengan movie, hampa cari satu filem bertajuk Fatal Contact: Bird Flu in America. Filem tu pasal selsema burung, yang kita dok cakap selsema babi...tapi ia masih kes influenza. Bagi aku, filem tu boleh menjelaskan kemungkinan (aku ulang kemungkinan) yang boleh berlaku.
Apa yang kita boleh buat sekarang ialah amalkan personal hygiene yang baik terutama hand washing. Basuh tangan maknanya basuh tangan la bukan basah tangan. Kita orang Melayu kalau nak makan rata-ratanya basahkan tangan, bukan basuhkan tangan! Sebab apa, virus ni jenis kuat punya macam Gaban. Kalau orang yang dijangkiti bersin, kata la terkena kat tombol pintu, virus tu boleh survive kat tombol pintu beberapa jam. Bila kita pegang tombol tu, then kita dok garu hidung kita pula, maka di situ transmisi boleh berlaku. Mudah kan kita nak pi ke alam barzah. Terutama kami anggota kesihatan, memang amat mudah untuk dijangkiti sebab tu anggota kesihatan digalakkan memakai face mask. Buat masa ini di Malaysia, rasanya tak perlu la lagi orang awam pakai face mask tapi anggota kesihatan memang perlu. Buat masa ni kami memang dok ready, kalau ada arahan screening, maka klinik dan hospital akan jadi macam zaman SARS dulu.
Dari segi risiko,memang tak dinafikan negara kita Malaysia juga boleh terdedah sebab hubungan antarabangsa melalui jalan udara. Aku kat Penang pun dah beberapa kali merasa suasana macam ni. Masa SARS dulu, satu kematian di Malaysia mai dari Penang...Pulau Tikus. Ancaman anthrax dulu pun mai dari Penang....Mak Mandin. Ni selsema babi pun sebenarnya kita tak boleh lari. Entah la, betapa kerdilnya kita manusia bila berdepan dengan kekuasaan Allah swt. Virus besar tu pun panik satu dunia. Macam juga la nyamuk yang halus tu, denggi tak pernah duduk diam. Moral of the story, kita tak boleh lari dari kematian. Punya la jaga kesihatan, tak da darah tinggi, tak da kencing manis, tiba2 mai penyakit macam ni, kena sehari dua dah pi....pi ke alam barzah! Ok la sekadar itu dulu buat kali ini. Bukan nak takutkan hampa tapi nak ingatkan. Kira takut, kami lagi takut sebab duduk kat barisan depan. Kalau nak kena, kena kami dulu.........