Monday, May 18, 2009

Swine Flu...A Reminder

www.huffingtonpost.com
A friend, reminds me to be more careful in the current health crisis. Swine flu, the H1N1 is very dangerous. As yesterday news reported there were few cases hit Malaysia already.

My friend asks me to:

1. Avoid visit public attraction spots i.e. shopping malls, swimming pools, stadiums, etc.

2. Wash carefully hands before and after eating

3. Make sure cleanliness in the house and office



PUTRAJAYA 17 Mei - Pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pulau Pinang berada dalam keadaan baik dan stabil. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, pesakit pertama yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak 14 Mei lalu tidak lagi mengalami batuk atau sakit tekak tetapi hanya sedikit demam. Beliau berkata, pesakit di Hospital Pulau Pinang pula tidak mengalami demam atau sebarang simptom penyakit lain. ''Kedua-dua pesakit ini bagaimanapun akan terus menerima rawatan di hospital sehingga pegawai perubatan mengesahkan mereka boleh balik ke rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, ahli keluarga kedua-dua pesakit juga telah dikuarantin di rumah dan akan dipantau oleh Kementerian Kesihatan. Menurutnya, sehingga pukul 8 pagi ini, bilik gerakan Kementerian Kesihatan telah menerima sebanyak 102 pemberitahuan kes dengan hanya dua disahkan positif. Beliau berkata, sehingga semalam, sejumlah 103,356 penumpang udara telah disaring di lapangan terbang antarabangsa negara ini. Mengenai situasi di peringkat global pula, Ramlee berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memaklumkan sebanyak 38 negara telah terjejas oleh influenza A (H1N1). ''Negara baru yang melaporkan jangkitan ialah Turki, India dan Peru masing-masing dengan satu kes. ''Jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 8,468 kes dengan jumlah kes terkumpul sebanyak 72 orang," katanya.
source: Utusan Malaysia 17/5/09

No comments: