Monday, October 20, 2008

MELAMINE

For the past few weeks, a very disruptive news..related to health matter really make me feel so uncomfortable.....
since the corrections still long way to finish.....just another brick in the great wall of china..

please refer below

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI BISKUT YANG DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE
Merujuk kepada laporan beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa pada 4 Oktober 2008 di mana Negara Vietnam telahmelaporkan pencemaran melamine pada biskut jenama Khong Guan dan Khian Guan dari Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan siasatan ke atas kilang biskut jenama Khong Guan di Johor dan kilang biskut jenama Khian Guan di Pulau Pinang serta gudang biskut jenama Khong Guan yang terletak di Negeri Sembilan. Pensampelan dan analisis dijalankan ke atas biskut berkaitan.
Hasil keputusan mendapati 38.3% (18 daripada 47) sampel biskut yang dianalisa daripada kedua � dua jenama ini melebihi tahap melamine yang telah ditetapkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm seperti di Lampiran 1 dan 2. Bagi mengenalpasti punca pencemaran melamine dalam biskut, pensampelan dan analisis dilakukan ke atas semua ramuan biskut kedua-dua jenama tersebut. Hasil analisa menunjukkan hanya agen penaik ammonium bicarbonate mengandungi paras melamine yang tinggi iaitu 33.4 ppm bagi kilang biskut jenama Khong Guan dan 508 ppm bagi kilang biskut jenama Khian Guan. Sumber ammonium bicarbonate bagi kedua-dua kilang biskut tersebut adalah dari Negara China
Berdasarkan keputusan analisis, KKM telah menjalankan penyitaan dan pensampelan ke atas agen penaik ammonium bicarbonate dan semua biskut jenama Khong Guan dan Khian Guan yang menggunakan agen penaik ini. Pengusaha tersebut diminta untuk menarikbalik semua produknya dari pasaran. KKM akan memantau dan memusnahkan mana-mana biskut yang melebihi tahap melamine yang ditetapkan sekiranya masih berada di pasaran. Ammonium bicarbonate adalah bahan yang biasanya digunakan sebagai bahan penaik dalam pembuatan biskut. Walaupun ianya adalah dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985, memandangkan ia didapati tercemar dengan melamine, KKM mengambil tindakan tegas bagi memastikan keselamatan pengguna.
Pendekatan yang diambil oleh KKM adalah menangani masalah tersebut di peringkat punca. Dalam hal ini, usaha sedang diambil oleh KKM untuk mengenalpasti pengimport, pengedar dan pembekal ammonium bicarbonate dari Negara China. KKM juga sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kilang biskut di seluruh negara dan sekiranya terdapat ammonium bicarbonate dari Negara China digunakan, ammonium bicarbonate dan biskut akan disita dan sampel akan diambil bagi tujuan analisis. Sekiranya biskut melebihi tahap melamine yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha untuk menarikbalik semua produknya di pasaran. Di samping itu, KKM akan terus memantau dan memusnahkan mana-mana biskut yang melebihi tahap melamine yang ditetapkan di pasaran.
Buat masa ini, KKM melarang pengimportan ammonium bicarbonate dari Negara China yang diletakkan di bawah Pemeriksaan Tahap 6 (Auto-Rejection) manakala yang diimport dari lain-lain negara diletakkan di bawah Pemeriksaan Tahap 4 (Surveillance Examination) melalui Food Safety Information of Malaysia (FoSIM). Dalam hal ini, KKM bekerjasama dengan pihak Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) bagi melaksanakan pemeriksaan tersebut.
KKM masih mengekalkan larangan mengimport di bawah Pemeriksaan Tahap 6 (Auto-Rejection) melalui FoSIM bagi konfeksi yang mengandungi susu termasuk konfeksi tepung seperti biskut; coklat, coklat susu dan coklat putih; dan makanan lain yang mengandungi susu yang diimport dari Negara China. Dengan perkembangan terbaru mengenai penggunaan ammonium bicarbonate yang mungkin tercemar dengan melamine dalam biskut, pengimportan biskut yang tidak mengandungi susu dari Negara China dan semua biskut yang diimport dari negara lain telah diletakkan di bawah Pemeriksaan Tahap 4.
Penjual dinasihatkan untuk menyemak senarai produk yang tidak mematuhi standard bagi melamine di laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) (http://fsq.moh.gov.my) dari masa ke semasa dan segera keluarkan produk makanan tersebut dari premis. Penjual juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
Sekiranya pengguna memerlukan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi BKKM di empat (4) talian 03-88833655/ 88833503/ 88833652/ 88833500. Talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam termasuk cuti umum.
Merujuk kepada berita yang tersiar dalam laman web CBC News pada 15 Oktober 2008 bertajuk "Taiwan Halts Octopus Balls on Melamine Fears" melaporkan bahawa Julie's Crackers yang diimport dari Malaysia telah dikesan mengandungi melamine melebihi tahap yang dibenarkan dan telah ditarikbalik dari pasaran tempatan Taiwan, KKM sedang menyiasat perkara ini. Berkaitan dengan berita di akhbar The STAR pada 16 Oktober 2008 bertajuk "Melamine found in sample of Thai Milk" melaporkan bahawa susu pekat tawar (unsweetened condensed milk) jenama "Mali" yang dikeluarkan oleh syarikat di Thailand mengandungi paras melamine yang tinggi. KKM sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Pihak Berkuasa Thailand berkaitan dengan isu ini. KKM ingin memaklumkan maklumat terbaru berhubung dengan keputusan analisis pencemaran melamine di dalam produk makanan yang telah disita. Pada hari ini, keputusan analisis bagi empat belas (14) lagi sampel produk makanan telah diperolehi dan semuanya mematuhi standard bagi melamine seperti di Lampiran 3.

Kementerian Kesihatan Malaysia
Putrajaya
16 Oktober 2008
Lampiran 1
Jadual 1: Senarai Biskut Jenama Khong Guan yang Melebihi Tahap Melamine yang Ditetapkan
Bil. Nama Sampel Keputusan Melamine (mg/kg)
1 Biskut Soda 2.93
2 Biskut Lemon Puff 3.28
3 Biskut Lemon Pof 3.7
4 Biskut Butter Cream 3.76
5 Biskut Baby Fish 4.08
6 Biskut Healthy Cracker 4.21
7 Biskut Cocoa Puff 4.91
8 Biskut Sandwich Oren 5.04
9 Biskut Family Crackers 7.6
10 Biskut Bentuk Binatang 8.99
11 Biskut Rokok 10.2
12 Biskut Mini Puff 22
Lampiran 2
Jadual 2: Senarai Biskut Jenama Khian Guan yang Melebihi Tahap Melamine yang Ditetapkan
Bil. Nama Sampel Keputusan Melamine (mg/kg)
1 Biskut Creamy Chocolate 3.66
2 Biskut Lemon Puff 3.91
3 Biskut Square Puff 4.36
4 Biskut Cocoa Puff 5.04
5 Biskut Jagung Puff 6.46
6 Biskut Campuran (Party) 7.99
Lampiran 3
Senarai B : Keputusan Terbaru Produk Makanan Yang Dianalisa dan Didapati Mematuhi Tahap Melamine yang Ditetapkan
1. Amoy Flour Vermicilli (Shun Shun Fuk)
2. Animal Biscuits Chocolate Cream Certified (ZQ)
3. Coconut Biscuit (Bairong)
4. Creamy Peanut Butter (Lady's Coice)
5. Creamy Peanut Butter (Skippy)
6. Crunchy Peanut Butter (Kinus)
7. Durian Cream Biscuits (Sanwa)
8. Magic Chew Candy (Cap Layang)
9. Marsh Mellow Blueberry Flavour Candy (Ego)
10. Marsh Mellow Grape Jam Candy (Ego)
11. Magnum Mini Classic Vanila Flavoured Ice Cream With Chocolate Coated (WALL's)
12. Peanut Butter & Chocolate Rice Crisp (Lady's Choice)
13. Peanut Butter & Strawberry Flavoured Stripes (Lady's Choice)
14. Sesame Paste Cookies (C&OK)
Nota: Senarai produk yang telah dianalisa sebelum ini boleh dirujuk melalui laman web BKKM

1 comment:

Anonymous said...

melamine tu ape?